Tuesday, 10 May 2011

Zaman Prasejarah


Zaman PaleolitikNama lain
• Zaman Batu Awal Petempatanawal
• 35,000 tahun dahulu - Kota Tampan (Perak) - Gua Niah (Sarawak) - Tingkayu (Sabah)Kediaman utama
• Dalam gua batu kapur
Kemahiran
Menggunakan dan mencipta alat-alat daripada batu untuk memburu binatang dan mempertahankan diri

Zaman Mesolitik
Nama lain
• Zaman Batu PertengahanPetempatan awal
• Banyak kawasan ditenggelami air
• Selat Melaka, Selat Sunda, Laut China Selatan, Laut Jawa, dan lautan lain di Gugusan Kepulauan Melayu mula wujud -
Gua Musang (Kelantan)
- Gua Kecil (Pahang)
- Gua Kepah (Kedah)
- Gua Madai (Sabah)


Kemahiran
• Mengguna alat-alat batu yang lebih baik buatannya berbanding orang zaman paleolitik
• Memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan bercucuk tanam

Zaman Neolitik
Nama lain
• Zaman Batu Baru Petempatan awal
• Gua Cha (Kelantan)
• Gua Kelawar (Perak)
• Bukit Tengkorak (Sabah)
Kemahiran
• Mencipta alat tembikar dihiasi dengan ukiran tertentu
• Mahir dlm berinteraksi sesama sendiri melalui jalan air jalan darat

Zaman Logam
Nama lain
• Zaman Gangsa – BesiPetempatan awal
• 2,500 tahun dahulu
- Sg. Tembeling (Pahang)
- Batu Buruk (Terengganu)
- Pagoh (Johor)

Kemahiran
• Mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam seperti loceng gangsa
• Mula menjalankan kegiatan perdagangan antara kawasan

Konsep-konsep penting Sejarah



Sejarah Maksud
• Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau - Kamus Dewan.

• Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya – Herodotus (Bapa Sejarah Dunia).
• Sejarah membawa kita mengenali jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepasa negara - Prof. Dato’ Dr. Muhammad Yusuff Hashim (ahli sejarah).

Faedah
• Melahirkan masyarakat yang memahami dan mengenali bangsa
• Melahirkan rasa bangga dan cintakan negara
• Menjadi iktibar dan panduan dalam kehidupan
• Mendorong ke arah kemajuan dan kejayan
• Menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara
• Mencontohi kejayaan bangsa dan negara yang telah maju

Sumber Pertama
• Sumber Primer-bahan asal yang pertama / yang utama
• Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan / penulis lain

• Sumber gambar, peta, manuskrip, majalah sezaman, surat khabar sezaman, artifak, fosil, karya asal, dan orang sumber yang terlibat secara langsung
• Tulisan (bahan rasmi, umum, persendirian)

• Lisan (rasmi, tidak rasmi)
• Pembuatan (artifak, tanah, arkeologi)

Sumber Kedua
• Sumber Sekunder – bahan yang kedua / tidak lagi utama.
• Sumber pertama yang telah diolah oleh sejarawan / penulis lain.

Minat Memperbaiki Diri

Kita akan mencapai tahap lebih baik jika kita minat memperbaiki diri. Apa maksud minat? Ia adalah sesuatu yang Anda lakukan dengan penuh suka. Semacam hobi.
Hobi adalah sesuatu perbuatan yang Anda buat dengan penuh suka. Tentu Anda ada hobi, misalnya memancing, bermain futsal, bola sepak, bermain games komputer, berjalan-jalan, bershopping atau melayari internet. Bila sudah suka, Anda akan buat tanpa perlu disuruh-suruh, tanpa perlu dipaksa-paksa, betul tak ?
Bila Anda sudah minat memperbaiki diri, Anda akan suka membaca sesuatu yang boleh membuat Anda menjadi semakin baik, mengawal emosi dengan lebih baik, menjaga tahap motivasi dengan lebih baik. Kemudian, Anda akan minat untuk belajar memperbaiki diri. Contoh paling spesifik, anda tahu diri anda lemah sangat-sangat subjek Sejarah, maka anda minat nak baiki kelemahan tu. Anda pun rajin dan penuh konsisten baca buku Sejarah. Agaknya anda dapat tak baiki tahap pencapaian anda tu ?
Sampai ke satu tahap, bila Anda sudah banyak membaca bahan-bahan yang dapat membuat Anda berjaya memperbaiki diri sebelum ini, lama-kelamaan Anda akan minat untuk merekomenkannya pada orang lain, iaitu orang yang turut sama berminat untuk memajukan diri mereka khususnya nak memajukan diri dalam pelajaran Sejarah.









Dalam apa jua yang kita lakukan dan siapa juga kita, kita seharusnya kena ada minat memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Tahap kita akan jadi cemerlang dalam diam tanpa kita sendiri sedari. Bila Anda sudah minat sesuatu, kemudian Anda minat memperbaiki diri, memperbaiki tahap pengetahuan Anda dan tahap kemahiran Anda, Anda akan semakin maju ke depan.
Sedar tak sedar, Anda dah berjaya mencapai sesuatu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain di sekeliling Anda. Lupakan dulu ganjaran, dahulukan minat lebih dari segalanya. Ganjaran akan datang selepas itu secara automatik. Ia mungkin waktu rehat yang selesa, tidur yang nyenyak atau duit yang tak yang tak putus-putus datangnya.
Kita kena ingat siapa kita, bagaimana tahap pencapaian kita, perhatikan sekeliling kemudian tekadlah untuk memperbaikinya, dengan mula memperbaiki sikap diri sendiri dulu. Perubahan dalaman, akan mencetus perubahan luaran. Jangan ambil mudah. Keseronokan yang dibuat-buat senang dikenal pasti, kerana ia lahir dari hati.

7 TIPS BAGAIMANA MENGELAK DARI DIKUASAI FIKIRAN NEGATIF



1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.
Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.
Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.
3. Hormati sesiapa saja.
Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.
4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.
Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.
Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.
6. Elak mengomel-mengomen, mengata dan mencaci.
Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, mengomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.
7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.
Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.
Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.
Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.
Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Teknik Menghafal


Pakar Memori Amerika Syarikat
I didn’t have learning disability, I just had an untrained memory
-Mr. Kevin Trudeau

Teknik 1
Teknik pertama untuk memindahkan fakta daripada memori jangka masa pendek ke memori jangka masa panjang yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah teknik pengulangan (Repetition). Ada satu pepatah Bahasa Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the mother of all skills’ yang bermaksud bahawa pengulangan adalah ibu kepada segala kemahiran.
Masalah daripada kajian yang mengatakan anda akan lupa 90% daripada apa yang anda pelajari tadi dapat diatasi dengan membuat pengulangan. Begini, setelah guru anda mengajar di dalam kelas dan setelah anda memahaminya, anda perlu membacanya semula sebelum 48 jam berakhir. Contohnya, katakan guru anda mengajar subjek sejarah pada pagi hari Selasa, anda perlu membaca semula nota-nota yang anda tulis dalam kelas itu sebelum pagi hari Khamis.
Jika anda tidak baca semula, anda akan lupa lebih 90% daripada apa yang anda telah pelajari itu. Jika anda menunggu hingga guru anda masuk ke kelas dan mengajar semula pada minggu hadapan, anda mungkin sudah lupa kesemuanya dan terpaksa bekerja keras untuk memahaminya semula dari peringkat awal. Bukankah itu merugikan?
Jadi, untuk memudahkan anda mengingat apa yang guru anda ajarkan, ikuti 4 langkah ini.
1. Fokus kepada guru anda ketika beliau mengajar di dalam kelas. Tumpukan perhatian anda kepada apa yang diajarkan. Salin nota yang guru anda berikan dan buat catatan anda sendiri tentang apa yang anda telah faham. Ini bermaksud, anda perlu berfikir tentang apa yang guru anda ajarkan.
2. Sebaik-baiknya, pada waktu malam hari yang sama, anda buka semula buku nota yang anda salin tadi dan baca dari awal hingga akhir. Jika anda tidak sempat membuka nota itu semula pada hari yang sama, selewat-lewatnya lakukan pada keesokan harinya. Lebih lewat daripada itu anda akan lupa lebih banyak lagi.
3. Semasa anda membaca nota tersebut, bayangkan semula bagaimana cara guru anda mengajar di dalam kelas tadi. Bayangkan apa yang terjadi di dalam kelas tadi. Semasa anda baca semula nota yang anda salin, anda seolah-olah dapat melihat semula keadaan di dalam kelas anda siang tadi. Ini menguatkan lagi ingatan anda kepada apa yang anda baru pelajari.
4. Jika boleh, baca nota itu berulang-ulang kali. Kali pertama mungkin anda baca dengan perlahan tetapi setelah dibaca berulang-ulang kali, anda akan baca dengan lebih laju lagi. Ini akan menjimatkan masa anda.

Teknik 2
Memori anda sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Nota sejarah contohnya selalu penuh dengan tulisan berwarna-warni. Walaupun warna boleh membantu daya ingatan, memori anda masih hadapi kesukaran kerana tulisan yang berwarna-warni kadangkala boleh membuatnya berserabut dan tidak teratur.
Jadi, mulai hari ini, anda perlu fikirkan bagaimana caranya untuk menukarkan nota-nota anda dalam bentuk gambar. Bayangkan, jika anda baca buku sejarah, selalunya anda mudah lupa apa yang anda baca. Namun, jika anda baca komik (yang dipenuhi dengan gambar-gambar), anda boleh ingat apa yang anda baca. Malah, anda boleh ceritakan semula kepada kawan-kawan apa yang telah anda baca itu.
Gunakan langkah-langkah ini untuk menukarkan nota anda kepada bentuk gambar.
1. Pertama, katakan nota anda di tulis dalam satu muka surat penuh, cari kata kunci di dalam nota tersebut. Kata kunci adalah perkataan atau ayat yang boleh menggambarkan keseluruhan nota tersebut. Contohnya, katakan nota anda adalah berkenaan simbol-simbol yang boleh ditemui di dalam makmal Sains sekolah. Jika ia dibaca dalam bentuk ayat, penjelasan untuk satu simbol mungkin agak panjang. Jadi ia sukar untuk diingat. Apa yang anda boleh buat ialah mencari hanya satu kata kunci bagi simbol tersebut.
Contohnya, jika anda lihat simbol bahan berasid, anda boleh guna kata kunci ‘menghakis’. Lihat simbol, terus ingat kata kunci ‘menghakis’. Anda tidak perlu hafal kesemua penjelasan mengenai simbol tersebut kerana setelah anda faham kata kuncinya, anda boleh jelaskan maksudnya dengan ayat anda sendiri.
2. Kedua, lukiskan kata kunci anda itu. Nota anda sekarang patut dipenuhi dengan gambar-gambar kata kunci anda. Jika anda ada 5 kata kunci dalam satu nota, jadi anda ada 5 gambar. Kadangkala, 1 gambar boleh menerangkan lebih daripada 1 kata kunci. Contohnya, kata kunci anda ialah mangsa dan pemangsa. Mungkin anda boleh lukiskan gambar seekor helang sedang menyambar seekor tikus. Apabila anda ingat gambar tersebut, anda boleh ingat bahawa helang adalah pemangsa dan tikus adalah mangsa. Anda akan sedar bahawa gambar dan kata kunci ini jauh lebih mudah untuk anda ingati.
Ada masanya, anda mempunyai banyak kata kunci yang perlu diingat dan kata kunci itu semua langsung tidak berkait. Sukar juga kalau terlalu banyak gambar yang anda perlu ingat.

Teknik 3
Saya akan ceritakan bagaimana anda boleh menghafal atau mengingat semua kata kunci yang telah anda tukarkan kepada bentuk gambar tadi.
Katakan anda ada lima kata kunci dalam nota anda. Setelah anda tukarkan kepada gambar, apakah cara terbaik untuk anda mengingatinya? Cuba teknik yang saya namakan ‘cerita kreatif’ ini.
Katakan, 5 kata kunci saya ialah
1. Kucing
2. Karipap
3. Selipar Jepun
4. Besi buruk
5. Masjid
Setelah anda tukarkan kepada bentuk gambar, anda patut membuat satu cerita ringkas supaya anda mudah untuk mengingatnya. Ada 3 syarat utama semasa anda membuat cerita tersebut.
1. Cerita itu mesti ringkas dan pendek.
2. Cerita itu mesti menggunakan kata kunci nota anda mengikut turutan.
3. Cerita itu mesti mengaitkan semua kata kunci tadi.
Contohnya, anda boleh tulis cerita ringkas itu begini:
“Kucing saya sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Tiba-tiba sebatang besi buruk jatuh di depannya dan ia terus berlari sampai ke masjid di belakang rumah saya.”
Apabila anda tulis cerita ini, anda patut bayangkan bagaimana agaknya kalau kucing anda makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Imaginasi anda atau apa yang anda bayangkan ini akan membantu daya kekuatan memori anda.
Dalam masa yang sama, saya cadangkan anda lukiskan cerita anda itu. Maksudnya, seperti contoh cerita saya tadi, saya akan lukiskan seekor kucing sedang makan karipap sambil memakai selipar Jepun. Gunakan imaginasi anda untuk melukis gambar tersebut. Gambar anda tidak semestinya gambar yang cantik seperti lukisan pelukis kartun professional. Cukup sekadar gambar itu dapat menggambarkan cerita anda tadi. Tetapi, harapnya, jangan anda lukis gambar kucing tapi jadi gambar lembu sudahlah.
Untuk membuat cerita anda lebih mudah diingati, ada 3 lagi tips tambahan.
1. Cerita anda tidak semestinya logik atau munasabah – Anda tidak perlu risau tentang tatabahasa, jalan cerita mengarut, tidak masuk akal dan sebagainya. Cerita yang menarik selalunya pelik daripada biasa. Lebih pelik cerita itu, lebih mudah anda ingat.
2. Masukkan aksi dalam cerita anda – Jika cerita anda cuma “Saya ada kucing. Saya pergi beli karipap di pasar. Saya pakai selipar Jepun semasa ke pasar. Kemudian saya nampak sebatang besi buruk di depan masjid di hadapan pasar tersebut.” Cerita yang begini agak membosankan dan anda akan mudah lupa pada cerita ini. Letakkan aksi yang menarik dan yang boleh membuat anda rasa berminat pada cerita tersebut.
3. Masukkan unsur-unsur komedi dalam cerita anda – Anda akan lebih mudah ingat cerita yang kelakar berbanding cerita yang serius. Cerita yang kelakar juga boleh meningkatkan tahap kreativiti anda. Jadi, buat cerita yang kelakar dan mencuit hati anda.
Gunakan teknik ini untuk menghafal nota-nota anda. Saya cadangkan anda bekerjasama dengan beberapa orang kawan anda untuk menghasilkan nota yang kreatif begini. Mungkin ada kawan anda yang pandai melukis dan mungkin kawan anda yang pandai membuat cerita-cerita kelakar menggunakan kata kunci dalam nota anda.

TIPS BELAJAR SEJARAH BERKUMPULAN

9 Tips Belajar Berkumpulan

Anda bosan belajar sejarah ? Bosan belajar sendirian ? Susah nak ingat fakta sebab bila baca tak juga ingat-ingat ! Bila baca jer mesti mengantuk......Mungkin anda perlu ubah cara belajar. Cuba belajar dalam kumpulan. Cuba teliti tips di bawah.
Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.
Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek atau tajuk, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.
Dibawah disenaraikan 9 tips belajar berkumpulan.
1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan. Kalau tak fokus ia akan jadi kumpulan bersembang !
3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.
6. Bentangkan tajuk dengan serius.
7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.
8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

Monday, 9 May 2011

BELAJAR SEJARAH : ELAKKAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM….

Anda semua biasa dengar peribahasa tu kan? Dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.
Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
“ Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang ”
Bagaimana caranya untuk ‘maintain’ dan meneruskan sesuatu motivasi?
Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.
“The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda”
Katalah anda ingin meningkatkan pencapaian dalam Subjek Sejarah 1 ke arah skor A. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk peningkatan pencapaian subjek Sejarah 1.
·         Baca teks,
·         Catat nota,
·         Baca soalan jawapan,
·         Buat perbincangan kumpulan,
·         dan sebagainya.
·         Jangan lupa juga sentiasa berdoa. Itulah kunci segalanya agar ianya menjadi berkat.
Takkanlah dalam banyak-banyak usaha tu, tak de yang anda faham tajuk tu  walaupun sedikit. Tentu ada tambah dan dapat  ilmu, betul kan?  Mana baik, daripada tak usaha langsung dengan dapat sikit kefahaman tentang sesuatu tajuk? Fikir-fikirkan …..
“Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang”