Tuesday 10 May 2011

TIPS BELAJAR SEJARAH BERKUMPULAN

9 Tips Belajar Berkumpulan

Anda bosan belajar sejarah ? Bosan belajar sendirian ? Susah nak ingat fakta sebab bila baca tak juga ingat-ingat ! Bila baca jer mesti mengantuk......Mungkin anda perlu ubah cara belajar. Cuba belajar dalam kumpulan. Cuba teliti tips di bawah.
Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.
Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek atau tajuk, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.
Dibawah disenaraikan 9 tips belajar berkumpulan.
1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan. Kalau tak fokus ia akan jadi kumpulan bersembang !
3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.
6. Bentangkan tajuk dengan serius.
7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.
8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

No comments:

Post a Comment